Contoh iklan kenaikan gred U41

Pengajar (Juruteknologi Makmal Perubatan)
Gred U41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM2,260.00RM8,756.00RM225.00
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]
  • telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan); dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pengajar Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:
  • Medical Science (Hons)
  • Biology or Chemistry
  • Biomedical Science (Hons)
  • Bio Perubatan
  • Sains Kesihatan
  • Teknologi Makmal




  
Pegawai Sains Gred C41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,940.00RM8,720.00RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,147.45 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains atau Juruteknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Pecahan Bidang :
 
Kementerian Kesihatan Malaysia -
  • Mikrobiologi- bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat- bidang Biokimia
  • Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi – Biologi, Genetik
  • Forensik – Sains Forensik
  • Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal- Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga- Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan- Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi -
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

Comments

Popular posts from this blog

Juruteknologi Makmal Perubatan ?

Pergerakan Gaji Gred U29 Baru