Pantang larang ber akuarium
Sediakan baldi khas untuk akuarium & tidak menggunakannya untuk isi air sabun, basuh, mop dll. Untuk akuarium baru setelah setup, hendaklah dibiarkan seminggu baru boleh isi ikan. Letak ikan secara berperingkat, 1 minggu satu ekor. Jangan letak ikan terlalu banyak, untuk satu galon hanya satu ekor ikan bersaiz 1 inci seperti guppy. Akuarium 3 kaki x 2 kaki (48 gallon) boleh letak 48 ekor ikan guppy bersaiz 1 inci. Bagi makan sedikit sahaja, satu atau dua kali satu hari. Tukar air sebaik2nya seminggu atau dua minggu sekali sebanyak 1/4 akuarium (Tambah anti klorin hanya untuk air yang ditukar sahaja.