Posts

Showing posts from August 26, 2011

Pengalaman temuduga separa perubatan

Dalam perjalanan ke Pusat temuduga aku sempat membeli surat khabar Utusan untuk mengetahui sedikit sebanyak isu semasa. Aku sampai dalam 7.30 am di Pusat Temuduga, Kompleks C, Putrajaya. Dengan perasaan yang agak segan sebab aku jarang pakai tie, aku bergerak ke aras 9 menaiki lif sambil membawa fail. Perasaan segan tadi hilang apabila aku melihat ramai calon temuduga yang datang pun pakai tie. Aku diminta untuk tandatangan pada senarai nama yang menghadiri peperiksaan &  temuduga. Tak ramai seperti jangkaan aku sebelum ini. Hanya 15 orang. Tepat 8.05 am, ujian bermula. Calon dikehendaki menjawab sebanyak 226 soalan dalam masa 45 minit. A. Ya B. Tidak . Beberapa soalan yang aku masih ingat seperti berikut: Saya boleh atau minat: 1. Membaiki peralatan elektrik. 2. Menyusun atau mencipta lagu. 3. Saya boleh melakukan tugas2 pengkeranian. 4. Saya boleh menimpan dokumen2 dalam fail. 5. Saya biasa menggunakan peralatan sains. 6. Saya boleh ...