Pengalaman temuduga separa perubatan

Dalam perjalanan ke Pusat temuduga aku sempat membeli surat khabar Utusan untuk mengetahui sedikit sebanyak isu semasa. Aku sampai dalam 7.30 am di Pusat Temuduga, Kompleks C, Putrajaya.

Dengan perasaan yang agak segan sebab aku jarang pakai tie, aku bergerak ke aras 9 menaiki lif sambil membawa fail. Perasaan segan tadi hilang apabila aku melihat ramai calon temuduga yang datang pun pakai tie.

Aku diminta untuk tandatangan pada senarai nama yang menghadiri peperiksaan &  temuduga. Tak ramai seperti jangkaan aku sebelum ini. Hanya 15 orang.

Tepat 8.05 am, ujian bermula. Calon dikehendaki menjawab sebanyak 226 soalan dalam masa 45 minit. A. Ya B. Tidak . Beberapa soalan yang aku masih ingat seperti berikut:

Saya boleh atau minat:

1. Membaiki peralatan elektrik.
2. Menyusun atau mencipta lagu.
3. Saya boleh melakukan tugas2 pengkeranian.
4. Saya boleh menimpan dokumen2 dalam fail.
5. Saya biasa menggunakan peralatan sains.
6. Saya boleh melukis.
7. Saya boleh bermain muzik.
8. Saya boleh mendengar masalah orang lain.
9. Saya boleh membuat kerja orang lain.
dll.

Saya suka pekerjaan berikut:
1. Peniaga
2. Juruteknologi makmal perubatan.
3. Mekanik.
dll.

Aku heran ramai yang boleh siap menjawab dan keluar awal. Aku calon yang terakhir keluar dari bilik mesyuarat. Aku menjawab dalam tempoh cukup-cukup 45 minit.

Calon yang telah selesai menjawab boleh terus turun ke tingkat 6 untuk mengambil giliran temuduga. Aku mendapat giliran yang ke 14 daripada 15 orang.

Sampai di kaunter , aku diminta meletakkan surat panggilan SPA ke dalam kotak dan menunggu sehingga nama dipanggil.

Lebih kurang 5 minit nama aku pun dipanggil. Aku diminta untuk mengeluarkan masing2 SALINAN k/p, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelulusan, surat sokongan majikan dan borang khas separa perubatan . Semua dikelipkan bersama-sama no giliran.

Dokumen asal dalam fail diminta untuk mengikut susunan tertentu iaitu didahului dengan k/p, sijil kelahiran, sijil pmr, spm, sijil berhenti sekolah, barulah sijil2 lain.

Agak bosan dan perasaan bercampur berdebar , yakin & takut2 pun ada. Dalam tempoh aku menunggu tu, nak menghilangkan bosan aku berbual-bual dengan calon2 lain, kejap berdiri, kejap berjalan dek kerana bosan.

Hampir pukul 1.00 pm mesin no giliran aku pula berbunyi "ting tong". Aku mengetuk pintu dan memberi salam sambil melontar senyuman.

Aku menyerahkan fail dan dokumen2 kepada salah seorang daripada dua panel penemuduga. Sorang pengerusi wakil daripada SPA, & seorang lagi wakil yang arif pasal bidang tugas jawatan.

Aku pun duduk, kerusi diletakkan pada jarak lebih kurang 3- 4 kaki dari meja panel penemuduga. Bermakna panel boleh lihat keseluruhan diri kita.

1. Pengerusi (Lelaki): Anda telah bersedia?

2. Pengerusi: Apakah persedian anda sebelum datang temuduga?

3. Pengerusi: Ceritakan tentang diri?


8. Wakil jabatan: Anda lebih minat yang mana (JTMP / jt pergigian)?

9. Ada tak kawan-kawan / kenalan yang bekerja sebagai jtmp?

10. Ada tak bertanya dengan kawan2 pasal JTMP?

11. Apa yang anda tahu pasal tugas JTMP?

12. Apa yang perlu dibuat selepas laporan keputusan ujikaji bahan (Contoh yg diambil drpd tubuh manusia) dikeluarkan?

13. Apa tugas JTMP yang berkaitan dengan mayat?

14. Apa lagi JTMP buat?

15. Pengerusi: Apa isu semasa sekarang?

16. Pengerusi: Cerita lebih lanjut latar belakang isu tersebut?

17. Pengerusi: Kalau anda diletakkan sebagai M.A. awak boleh?

18. Pengerusi: Ada apa-apa yang anda ingin tanya?

Wakil jabatan: Ok. setakat ini shj, t. kasih krn sudi dtg temuduga.

Aku bersalam dgn pengerusi sambil mengucapkan t. kasih & memberi salam kpd panel2.


Selesai.


Persediaan yang mungkin membantu berdasarkan pengalaman 3 kali interview spa & 2 kali badan berkanun:


-Objektif, visi & misi KKM.
-S/u SPA.
-KPPA
-Ketua pengarah kesihatan
-KSU KKM
-Rukunegara
-Bapa-bapa kemerdekaan & malaysia, pembangunan, perpaduan, pemodenan, pembangunan modal insan, transformasi
-Tugas Juruteknologi Pergigian
-Disiplin2 / cabang2 JTMP.
-Selogan KKM
-Motto budaya kerja KKM
-Semua menteri kabinet beserta timbalan-timbalannya.
-Ketua2/ menteri besar negeri2.

-Tempat belajar JTMP

 -Tujuan & Maksud 1 malaysia
-Klinik 1 malaysia
-Maksud selogan rakyat didahulukan, pencapai diutamakan.
-Menerangkan tentang NKRA (Nation Key Result Area) / Bidang keberkesanan Utama Negara.

Comments

  1. Anonymous8:26 AM

    Terima kasih saudara atas perkongsian yang diberikan.. sangat banyak membantu dalam membantu adik saya membuat prsediaan kerana beliau dipanggil untuk menghadiri temuduga separa perubatan ini dalam bidang M.A 26 September 2012 ini.. Moga beliau brjaya! :)

    ReplyDelete
  2. thanks,,,4 sharing..sangat membantu saya dalam temu duga nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:34 PM

      we're sharing as caring.

      Delete
  3. Anonymous5:31 PM

    outstanding of yours,wish any blogger would prefer such you blog,these kind of article was gave out of hand so much for them of those applied the medical field,keep movin as a blogger n please load more soon :D,thumbs up man ^_^

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:34 PM

    surat akuan sekolah die nak ker?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Juruteknologi Makmal Perubatan ?

Pergerakan Gaji Gred U29 Baru